Laman Web Rasmi SK Kota Masai, Pasir Gudang

By A Web Design Company

SELAMAT HARI LAHIR, CIKGU! #JANUARI

Walimatulurus

 

Pihak Webmaster laman web SK Kota Masai dengan berbesar hati mewakili salah seorang warga pendidik SKKM iaitu cik Nur Afiqah Bt Abd. Rahman untuk menjemput seluruh warga pentadbiran dan warga kerja SKKM ke majlis persandingan beliau seperti di ketetapan yang berikut:

Tarikh : 25 Januari 2014 bersamaan 23 Rabuilawal 1435H
Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : POS 38, Kg Parit Sapran Darat, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor

Adalah diharapkan dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis yang bakal berlangsung.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cik Nur Afiqah. Semoga berbahagia selamanya. InsyaAllah.

Info Umum : Murid Tahun 1 (2014)

1. Lengkapkan maklumat di belakang tanda nama sementara murid

2. Ibu bapa/Penjaga murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada hari pertama persekolahan.

3. Ibu bapa/Penjaga diingatkan agar memberi wang saku secukupnya kepada murid untuk membeli makanan pada waktu rehat atau membawa bekalan makanan ke sekolah.

4. Pastikan anak tuan/puan tidak memakai barang kemas atau membawa barang-barang berharga ke sekolah.

5. Ibu bapa/Penjaga yang menjemput anak pulang dari sekolah mengikut waktu balik yang telah ditetapkan.

Baca lagi...

Guru-Guru Yang Berpindah Keluar Sesi Januari 2014

Keputusan E-GTukar yang telah diumumkan beberapa minggu yang lepas telah memperlihatkan 10 orang guru SK Kota Masai akan berpindah keluar. Lima daripadanya akan berpindah antara negeri manakala lima lagi antara daerah. Mereka yang akan berpindah ialah:

1. Ustaz Abdul Kadir Bin Abdul Manaf

2. Cikgu Mohd. Azwan Bin Mohd. Arham

3. Cikgu Mohd. Zailani Bin Abdullah

4. Cikgu Rosliza Bt Ismail

5. Ustazah Norfaradila Bt Tolasidin

6. Ustazah Suhana Delila Bt Hamzah

7. Ustazah Haryati Bt Ismail

8. Cikgu Azwanie Bt Mamat

9. Cikgu Yusnida Bt Azmi

10. Cikgu Abul Az Bin Abu Jamil

Baca lagi...

Selamat Kembali Ke Sesi Persekolahan 2014

 

 

Pihak pentadbir SK Kota Masai, Pasir Gudang mengucapkan selamat kembali untuk menjalani sesi persekolahan 2014 kepada seluruh warga SKKM. Semoga tahun baru nanti akan memperlihatkan penerusan kecemerlangan tahun-tahun sebelumnya serta memberikan pengalaman baru kepada bakal murid-murid tahun 1 yang akan memulakan persekolahan pada 1 Januari 2014 nanti.

Hari Penyerahan Dokumen dan Buku Teks Murid-Murid Tahun 1

Sebagai persediaan bagi memulakan sesi persekolahan 2014, Hari Penyerahan Dokumen dan Buku Teks untuk murid-murid tahun 1 yang bakal bersekolah di SK Kota Masai telah diadakan pada 24 Disember 2014. Program ini dianjurkan bertujuan agar memudahkan para ibu bapa untuk menyerahkan segala dokumen berkaitan serta mengambil buku-buku teks dalam keadaan yang lebih teratur tanpa perlu menunggu sehingga hari pertama persekolahan. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah diuruskan oleh Unit HEM dengan kerjasama Unit Penyelaras Tahun 1.

Baca lagi...

MAKLUMAN - Senarai Lengkap Kelas Tahun 1 SK Kota Masai 2014

Para ibu bapa kepada bakal murid-murid tahun 1 SK Kota Masai tahun 2014 kini boleh memuat turun atau melihat senarai kelas tahun 1 2014 pada pautan yang disediakan sebagai rujukan sebelum menghadiri Majlis Pendaftaran dan Suai Kenal Murid-Murid Tahun 1 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember 2013 (Selasa) nanti. Senarai yang disediakan adalah mengikut kelas secara individu iaitu;

  1. Amanah
  2. Bistari
  3. Bijak
  4. Budiman
  5. Cekal
  6. Cerdas
  7. Ceria
  8. Dedikasi
  9. Gigih
  10. Jujur
  11. Mulia
  12. Sabar
  13. Setia
  14. Tekun
  15. Tabah

Sebarang pertanyan boleh berhubung terus dengan pihak sekolah di talian 07-2564748.

 

MUAT TURUN SENARAI LENGKAP KELAS TAHUN 1 SKKM 2014


Oh, My Arabic!

Bersempena dengan Minggu Bahasa Arab 2013 pada 28/10 - 1/11/2013, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh Panitia Bahasa Arab SK Kota Masai. Program yang bertemakan 'OH, MY ARABIC!" ini dijalankan bagi memantapkan lagi kemahiran berbahasa Arab murid-murid di sekolah ini melalui aplikasi di dalam pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Majlis perasmian program ini telah diadakan semasa sesi perhimpunan pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Kamaruddin Bin Abu Hassan.

Baca lagi...

Majlis Alumni Sahabat (PPDa)-Petronas Tahun 2013

 

Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, telah diadakan Majlis Alumni Sahabat (PPDa)-Petronas Tahun 2013 di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur. Ia adalah acara kemuncak kepada program Sahabat (PPDa)-Pertonas yang telah berjaya melatih seramai 850 orang guru dan 1534 orang murid bagi menjayakan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah masing-masing. Majlis ini menghimpunkan kesemua mereka yang telah bergiat aktif di sepanjang tahun 2013 bagi menyampaikan penghargaan di atas usaha yang telah dijalankan.

Baca lagi...

Selamat Menyambut Hari Lahir

Kelab Guru dan Kakitangan SK Kota Masai telah bermurah hati menaja cenderahati untuk diberikan kepada guru-guru sesi petang yang menyambut hari lahir mereka pada bulan September dan Oktober. Ia telah disampaikan oleh En. Saifuldin Bin Hassan selaku GPK Petang di sesi perhimpunan pada hari Isnin yang lalu.

Terima Kasih diucapkan dan selamat hari lahir kepada guru-guru yang meraikannya..

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL